Ini lemang ke batu lesung?? Lelaki tak tau nak ketawa ke nak nangis terbeli lemang keras

0
999
lemang keras

Lemang adalah merupakan hidangan yang sering menjadi juadah di pagi hari raya, tidak kiralah sama ada waktu hari raya PKP atau pada tahun-tahun sebelum ini. Sehingga makanan lemang ini turut dijadikan lirik dalam lagu-lagu raya.

Rasanya memang lemang ini sudah dikira salah satu menu wajib  selain ketupat yang mesti dihidangkan kepada sanak saudara  dan juga kepada para tetamu yang hadir. Kiranya kalau tak ada tu memang tak sahlah katanya.

Satu cerita lucu telah dikongsikan oleh seorang lelaki ini di aplikasi tik-tok miliknya di mana memang malang betul  lelaki ini.  Tak sangka  selepas lemang tersebut dikekah keluar, rupa-rupanya isinya memang betul-betul keras dan sampai  hilang rasa selera nak makan lemang pada hari itu.

Lemang keras macam batu lesung

lemang keras macam batu lesung

Melalui video yang dikongsi sendiri oleh lelaki tersebut di TikTok @lebaitrompet, lemang yang dibelinya itu memang betul-betul keras dan payah nak dipotong dengan pisau. Nak makan tak boleh, apa lagi kalau nak telan, memang tak tertelan la.

@lebaitrompet

Xtau nak sedih ka nak happy dapat lemang macam ni..😂😂😂😂

♬ original sound – Atiliousss – Atiliousss

Untuk membuktikan betapa kerasnya lemang itu,  lelaki malang itu membuat ekperimen cuba  dengan menumbuk cili merah macam  mengetuk menggunakan anak batu lesung.

Apa yang lebih menarik lagi, eksperimen beliau menyebabkan cili itu terus terbelah dua dan terbuktilah memang lemang tu keras macam batu dan tak sanggup nak di makan.

Tips membeli lemang yang sedap

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengansempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Inikerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau belibanyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat rm50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan !
singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya,Gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokeylemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan2, kopi hipster rm20 secawan beli tak komplen pun.

sumber : tiktok, sinar