“Ini usaha kecil kami…” – Pelancong asing sama2 sokong kempen ‘Katakan tidak pada arak’

0
3


Berapa banyak kes kemalangan telah dicatat gara-gara pemandu mabuk, begitu juga ramai nyawa yang terkorban disebabkan penangan minuman yang beralkohol itu.

Semalam menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai, Mohd Zailani Yusof, memaparkan sekumpulan komuniti di Pangkor telah melancarkan satu demonstrasi membantah arak termasuk dalam barangan bebas cukai.

Bukan sahaja masyarakat Muslim menyokong bantahan tersebut, malah pelancong asing dan juga warga bukan beragama Islam juga turut memberi sokongan.

Mungkin mereka berpendapat bahawa jika ara dikeluarkan daripada bayaran cukai, pembelian terhadap minuman keras itu akan meningkat.

Hakikatnya, berdasarkan kepercayaan agama bagi mereka yang bukan beragama Islam, tiada masalah untuk mereka mengambil minuman tersebut.

Namun, apa yang menjadi masalah adalah apabila disebabkan pengaruh alkohol terutama ketika memandu, mampu mengundang bahaya kepada orang lain.

Diharapkan, pihak berwajib meneliti semula isu ini dan mengkaji sebaiknya daripada pelbagai segi, demi menjaga keharmonian bersama.

Sumber : Mohd Zailani Yusof





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here