“Isi tak hancur, boleh perah.” – Gadis terbeli kuah laksa ada cebisan kertas

0
218


Sememangnya makanan yang dibeli di luar rumah agak diragui tahap kebersihannya. Walaupun begitu, ia bukanlah mejadi masalah jika kita tidak berasa was-was dengan makanan tersebut.

Namun begitu, para peniaga hendaklah berlaku jujur ketika berniaga dan jangan sesekali menipu pembeli dengan ramuan yang dimasukkan ke dalam makanan tersebut. Perkara tersebut bukan sahaja tidak elok, malahan menjejaskan reputasi perniagaan sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Twitter, seorang gadis telah memberitahu terbeli laksa yang mempunyai bendasing aneh di dalam kuahnya.

Menurutnya, laksa tersebut dibeli di sebuah gerai yang terletak Jalan Kebun. Mulanya dia agak meragui mengapa kuah laksa tersebut kelihatanagak gelap berbanding biasa. Selepas diperhatikan, terdapat sesuatu yang agak pelik seperti kertas tidak hancur didalam kuah tersebut.

Perkongsian daripada pengguna yang dikenali sebagai Syuzu itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen di Twitter. Ada juga daripada mereka memaklumkan pernah mengalami nasib sama dengan gadis tersebut.

Namun begitu, ada sebahagian netizen meminta Syuzu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan tidak sekadar melaporkannya di media sosial sahaja.

 

 

Sumber : Syuzu

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here