“Jangan jadi orang kaya buta perut…” – Rizalman ‘bahasakan’ golongan kaya raya

0
105


Baru-baru ini dua orang usahawan Aleeya Zailan dan Vivy Yusof, menjadi buah mulut orang ramai, gara-gara muat naik dan komen berkaitan bantuan kerajaan terhadap golongan B40 di laman Instagram.

Gara-gara komennya berkenaan golong B40, sejak semalam Vivy Yusof terus mendapat kecaman daripada netizen, sebelum memutuskan untuk memohon maaf dan memadamkan komen tersebut.

Perkara tersebut sebenarnya turut mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Dato Rizalman, apabila dia di dalam live di IG yang kini tular di Facebook menyelar beberapa pandangan golongan usahawan berpendapatan tinggi ini.

Dalam rakaman IG live tersebut, Rizalman berpendapat bahawa golongan yang berpendapatan tinggi tidak perlulah mahu mempertikaikan bantuan yang diterima rakyat B40.

Ini kerana, pereka fesyen tersebut percaya bantuan tersebut sememangnya bahagian yang telah diperuntukan untuk golongan berpendapatan rendah.

Meskipun di dalam live itu, Rizalman tidak menyebut secara spesifik usahawan berpendapatan tinggi yang dimaksudkan, namun rata-rata netizen bagai sudah dapat mengagak siapakah gerangannya.

Walau Bagaimanapun, kita tidak dapat memastikan siapakah golongan atau individu yang dimaksudkan pereka fesyen tersebut, tetapi kata-katanya bolehlah dijadikan iktibar.

Sumber : Facebook & Datuk Rizalman





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here