Jatuh hukuman terlalu cepat, peguam ini jelaskan sebab kes abang botak diselesaikan segera

0
5334


Baru-baru ini, telah tular rakaman dashcam seorang pemandu yang diserang oleh seorang penunggang motosikal yang bertindak memecahkan cermin keretanya, akibat berang dihon.

Tindakan penunggang motosikal tersebut telah mengakibatkannya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Namun hukuman penjara yang diterima oleh Danial telah mengundang ketidakpuasan hati ramai, setelah ada yang membandingkan dengan kes buli jalan raya lain, yang tidak dikenakan hukuman penjara dan hanya bayaran denda.

Berikutan itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Nor Zabetha telah memuat naik penjelasan menerusi status di Facebooknya, tentang perkara tersebut.

Menurutnya, berdasarkan bukti yang kukuh telah ternyata tertuduh Danial telah melakukan kesalahan tersebut.

Menurut Nor Zabetha, sebab mengapa sesuatu kes dapat diselesaikan segera adalah kerana prosedur dan pilihan tertuduh yang menentukan jangka masa perjalanan sesuatu kes.

Dalam kes ini, tertuduh telah mengaku kesalahan jenayahnya. Oleh itu, segala siasatan dan hukuman akan segera dijalankan, jika tertuduh tidak memohon rayuan atau membela diri.

Tertuduh mempunyai hak untuk membela diri, dan mahkamah akan mempertimbangkan hukuman yang ringan bagi pengakuan bersalah.

Sumber : Nor Zabetha

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here