Jenguk artis veteran, Dato’ Awie akui tak berniat apa2, hanya ziarah para sahabat

0
30


Sejak beberapa minggu ini, kerap berlegar di media sosial berkenaan konvoi Misi Kemanusiaan Sayap-Sayap Wings & Wings Motor Gang Society bersama Dat’ Awie sendiri.

Walaupun Dato’ Awie tidak begitu memaparkan aktiviti tersebut di media sosialnya, namun menerusi Facebook dan Instagram Sayap-sayap Wings dapat dilihat vokalis kumpulan Wings bersama rakan-rakan memberikan bantuan kepada beberapa artis vateran serta yang kurang sihat.

Dalam misi kemanusiaan tersebut Awie sempat menziarahi artis veteran seperti Amran Tompel, Hamid Gurkha, Ali XPDC dan beberapa orang lagi untuk bertanya khabar serta menghulurkan sedikit bantuan.

𝐈𝐧𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚… 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐱 𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚….Misi Kemanusiaan dan Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings…

Posted by Saiful Izam on Sunday, June 21, 2020

menerusi Instagram Sayap-sayap Wings, Awie memaklumkan misi yang dilakukan sama sekali tidak berniat apa-apa dan hanya tergerak hati untuk membantu para sahabat ketika ini.

“Bukan niat apa-apa, kami tergerak hati membantu sahabat-sahabat, dari sahabat kepada sahabat.”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji usaha yang dilakukan oleh Dato’ Awie bersama kumpulan bikers yang menyantuni artis-artis veteran yang pernah memberi kita senyuman pada masa lalu.

Semoga usaha murni ini diteruskan untuk masa hadapan.

Sumber: Sayap-sayap Wings, Saiful Izam





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here