Suami isteri ditemui maut oleh Peronda PLUS selepas 12 jam kemalangan. Dua beradik kini yatim piatu

0
1493

Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi.

Lebih menyayat hati, kemalangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu iaitu pada 10.40 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow.

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang jurutera dan isteri, seorang pegawai kaunselor di sebuah hospital serta dua anak lelaki mereka dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru.

Hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Caldina yang dipandu lelaki itu gagal dikawal setelah tayar belakang di bahagian kiri pecah dan terbabas kira-kira 100 meter ke kiri bahu jalan, lalu melanggar sebuah pokok.

 

“Akibat daripada pelanggaran itu, pasangan suami isteri yang berada di bahagian pemandu dan penumpang depan tersepit manakala kedua-dua anaknya yang berada di belakang tercampak keluar berhampiran kereta,” 
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua anaknya ditemui pengsan dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Mayat pasangan yang dikenali sebagai Herry Mohd Ali dan Khairrunisa Azman itu dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Dua anak mangsa iaitu Anas Ayyash (enam tahun) dan Ahmad Huzaifah (empat tahun) terus dibawa ke hospital sama dengan menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Takziah kepada keluarga dan sahabat kepada pelajar pascasiswazah UTM, Khairrunisa Azman dan suaminya yang telah kembali…

Posted by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on Sunday, May 10, 2020

Ya Allah.Sangat2 tkejut.Dpt berita pemergianmu teman. Baru 2 hari lepas kita bbual 😭😭😭Innalillahiwainnailaihirajiun….

Posted by Fauziah Zaiden on Sunday, May 10, 2020

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/576796/terseksa-12-jam-sebelum-diselamatkanPetang 10 Mei 2020اَللَّهُمَّ…

Posted by Nurzaihan Manzuki on Sunday, May 10, 2020

Sumber : Bernama , Facebook

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here