Kaki hancur digilis lori, lelaki OKU tabah jual ikan masin demi rawatan anak

0
28


Kehidupan seseorang itu kadang diatas, kadang dibawah. Tiada siapa dapat menduga kehidupan seseorang itu pada masa akan datang.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang insan kelainan upaya (OKU), dia telah mencoretkan serba sedikit mengenai kisah hidupnya yang pernah berada diatas dan kemudiannya diduga dengan cabaran besar apabila terlibat dalam kemalangan.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Sabrie Brahim itu menjelaskan bahawa dia telah dilanggar hingga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki ketika ingin membantu seorang pakcik menukar tayar kereta yang bocor.

Sebelum ini, Sabrie yang mengusahakan sedikit perniagaan telah berjaya mengecapi kehidupan yang lebih baik bersama isteri dan anak-anak namun tanpa disangka kesenangan itu direntap oleh kemalangan yang berlaku.

Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki kirinya terpaksa dipotong ekoran daripada jangkitan kuman di bahagian tersebut. Dia dilaporkan tidak mengalami kepayahan dalam menguruskan diri sehingga isterinya terpaksa berdikari untuk menampung keluarga.

 

Walau bagaimanapun, mereka tidak berputus asa dan sedikit demi sedikit Sabrie mulai bangkit membantu isterinya mencari nafkah keluarga apabila mengusahakan perniagaan makanan ringan.

Tidak lama selepas itu, anaknya pula diberi dugaan apabila mengalami sedikit komplikasi kesihatan dan perlu menjalani rawatan susulan selepas menjalani pembedahan.

Menerusi posting itu juga, Sabrie sempat berharap agar mana-mana warganet yang ingin mendapatkan barang jualan  untuk membantu keluarganya boleh terus menghubungi dia.

Sehubungan dengan itu, posting yang dibuat Sabrie telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada pengguna Facebook. Rata-rata berasa sebak dengan kisah jatuh bangun lelaki itu ketika diduga dengan cabaran berat tersebut.

Mereka turut mendoakan agar perniagaannya terus berkembang dan mendapat rezeki yang lebih daripada hasil jualan.

Sumber : Mohd Sabrie Brahim

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here