Jerawat Batu Penuh Kat Muka, Tapi Boyfriend dia Setia Sampai Muka Flawless
Memang susah nak jumpa lelaki yang tak pandang rupa bila bercinta. Kebanyakannya mesti nak yang lawa, cun-melecun serta muka yang flawless. Apa lagi kalau muka penuh jerawat batu, tak ramai lelaki yang sudi nak mengorat.
Begitulah kisahnya yang tular di twitter apabila gambar seorang lelaki yang cukup setia bersama kekasih hatinya yang penuh jerawat batuk kronik di muka hingga akhirnya muka kekasihnya bersih dan glowing.
Memang tak sangka kan, muka yang penuh jerawat batu macam tu boleh jadi licin, bersih dan flawless macam tu.
Muka Girlfriend Penuh Jerawat Batu Tapi Boyfriend tak lari pun
Kisah ini pada mulanya dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @gwdira dari Indonesia pada hari Selasa (7/7/2020) yang lalu.
Bebenang yang dibuat olehnya itu telah diulang kicau sebanyak 13 ribu kali serta telah mencapai 66 ribu likes.
“Perempuan yang setia bersamaĀ lelaki sampai berjaya memang ramai”
“Tetapi jarang pulak terjadi lelaki setia temankan gadis sampai muka glowing,”
Cewe yg mau nemenin cowo nya sampai sukses udah banyak,
Tapi jarang cowo yg mau nemenin cewe nya sampe glowing. pic.twitter.com/AdnvNn98y7ā Dir? (@gwdira) July 7, 2020
Sebenarnya bebenang twitter tu dibuatĀ selepas @gwdira membaca satu catatan di laman Instagram oleh seorang lelaki Ipoh, Perak yang menggunakan akaun @zuukery.
@zuukery telah memuat naik foto bersama teman wanitanya bernama Amira Syafira pada awal Disember 2019.
Di dalam foto itu, wajah Amira kelihatan mengalami jerawat yang teruk. Tanpa menggunakan sebarang mekap, wajah Amira nampak gelap dan memang tak lawa langsung.. senang cerita!
@zuukery yang mengambil gambar sambil tersenyum di belakang Amira. Melalui kapsyen yang dimuat naik, @zuukery memberi kata-kata manis buat Amira.
Dia tidak mengeluh dengan keadaan wajah Amira. Sebaliknya, @zuukery terus menyokong dan memberi semangat serta berjanji untuk tidak akan meninggalkan kekasihnya itu.
Kata-kata Manis dan Bermakna Buat Amira

Jom kita hayati kata-kata yang penuh bermakna dan mendalam sekali untuk tatapan korang terutamanya lelaki.
Perempuan breakout sikit jangan kau tinggal cari lain. sesekali kau belanja skin care. Tak mampu kasi semangat pun cukup .believe me perempuan cuma perlu sokongan je š
Menurutnya, kalau makwe korang tengah kecewa ke, jangan lah korang tinggal dan pergi cari makwe lain, sekali sekala apa kata belanja makwe korang Skin Care ke.
Tapi kalau tak mampu, korang kasi semangat pun dah cukup sebab orang peremuan ni dia cuma nak pakwe dia support dia kalau dalam kesedihan.
Jangan Tinggalkan Makwe Kau dan Cari Yang Lawa
If kau tinggal then pergi kat yg lagi lawa.then nanti ada yg lagi lawa, circle tu takkan habis sampai mata kau insaf
@zuukery kemudian memberitahu bahawa kulit Amira sangat sensitif.
Sebenarnya, Amira ambil masa selama enam hingga sembilan bulan sehingga jerawat batu yang teruk di mukanya itu hilang sepenuhnya.
Yang bestnya.. @zuukery selama ini sentiasa berusaha memberi sokongan dan dorongan kepadaĀ Amira untuk tetap yakin pada dirinya.
Dia juga mempertahankan Amira dari komen-komen negatif yang menghina wajah kekasihnya itu.
Ingatlah untuk menghormati antara satu sama lain, dunia memerlukan lebih banyak cinta dan kedamaian