Keluarga ini bersama anak kecil terkandas banjir 24 jam tanpa makanan, berjaya diselamatkan

0
77


Musim hujan yang berlanjutan kini telah mengakibat banyak kawasan-kawasan di beberapa negeri terjejas banjir. Malah, di Johor kadar peningkatana mangsa banjir semakin tinggi.

Semalam, di kawasan Kubu di Mersing, seorang wanita dengan nama Shahira Dasmin bersama enam lagi yang terperangkap menemui jalan buntu selepas hampir 24 jam terkandas dan bantuan masih belum datang.

Justeru, wanita tersebut telah menggunakan laman Facebooknya untuk meminta bantuan, dengan berharap kuasa viral boleh membantu pihak penyelamat mengetahui keadaan mereka.

Kuasa Viral tu Hebat😥 Tolong laaaa kami tersadai di tengah2 jalan. Ke depan xboleh, ke blkg pun xboleh. Makanan tak ada….

Posted by Shahira Dasmin on Sunday, December 15, 2019

Wanita tersebut bersama suami dan bayinya, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana air sudah naik terlalu tinggi ditambah pula dengan ketiadaan bekalan makanan.

Dah lebih 24JAM terkandas dekat jalan mawai. Dekat area Kubu😭Tak balik balik rumah. Takde makanan😥. Depan belakang air…

Posted by Shahira Dasmin on Saturday, December 14, 2019

Mujurlah, wanita tersebut bersama keluarganya dan beberapa orang lagi terkandas akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan anggota bomba.

Sementara, pihak petugas keselamatan merusi satu pautan Facebook meminta agar orang ramai berhenti membuat pelbagai dakwaan, memandangkan urusan menyelamat dalam keadaan sebegitu agak memakan masa.

Sekali lagi Post Untuk makluman semua Puan Shahira dan suami yang teperangkap di Jalan Kubu Kota Mersing telah berjaya…

Posted by Orang Kota – Tinggi on Sunday, December 15, 2019

Dalam situasi banjir ini banyak pihak perlu memainakan peranan, medium media sosial salah satunya boleh digunakan. Namun, begitu kita sebagai netizen jangan cepat mengadili dan cuba memahami situasi kedua-dua belah pihak.

Sumber : Shahirah Dasmin





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here