AlFatihah.. Ayah dijemput Ilahi dalam Masjid ketika bibir sedang berzikir

0
401


Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati, cuma apa yang membezakan kita adalah amalan serta bagaimana, dimana dan bila pengakhiran hidup kita di dunia yang fana ini.mati di masjid

Kerapkali akhir-akhir ini berlaku kematian yang sangat dicemburui atau disebut Khusnul Khotimah di mana, baru-baru ini media telah melaporkan tentang seorang anggota polis lelaki  telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di dalam sebuah masjid. Arwah telah meninggal dunia di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani.

Menurut anaknya, arwah bapanya, Fadzil Ahmad, 60, ketika itu baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan mengadu sakit dada, sebelum tiba-tiba arwah rebah semasa sedang berzikir.

 

“Ayah beritahu adik yang dia sakit dada balik sambil memegang dadanya ketika imam membacakan zikir dan arwah tiba-tiba rebah tidak lama kemudian…”

Sedih dan sayu atas pemergian bapanya yang tercinta, anak perempuan arwah, Siti Nuraida, memaklumkan ketika hayat bapanya masih ada, bapanya merupakan  seorang yang sangat mengutamakan solat berjemaah di masjid serta sangat rajin untuk mengerjakan solat sunat tahajud.

Arwah bapanya turut amat  disenangi oleh rakan-rakannya, malah pada tahun ini arwah telah diberikan peluang untuk melaungkan azan di sepanjang bulan Ramadan.

“Arwah juga antara yang bertanggungjawab melaungkan azan di surau kuaters IPD sepanjang Ramadan lalu…”

Masya Allah, inilah salah satu pemergian yang cukup indah di sisi Maha Penciptanya, meskipun amat berat dan sedih  untuk menerima kehilangannya diharapkan seluruh anggota keluarga arwah dapat terus cekal dan tabah.

Sumber : Harian Metro & Penangkini

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here