Kereta habis remuk, Dayana Roza terlibat dalam kemalangan

0
469


Sejak kebelakangan ini, beberapa selebriti tanah air menghadapi dugaan berat setelah mengalami kemalangan bahkan sehingga ada yang meragut nyawa.

Pelakon Dayana Roza turut berhadapan musibah sama apabila kereta yang dinaiki remuk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi laman Instagram, Dayana berkongsi sekeping gambar keretanya yang kelihatan dalam keadaan berkecai pada bahagian depan.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia itu tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai kemalangan tersebut.

“Semua berlaku dengan pantas,” katanya.

Menerusi posting berkenaan, pelbagai reaksi memenuhi menerusi ruangan komen yang rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat termasuk rakan artis buat pelakon berusia 28 tahun itu.

Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika memandu. Malang sememangnya tidak berbau. Kalau boleh kurangkan had kelajuan dan pastikan jangan main telefon bimbit ketika memandu.

Sumber: Dayana Roza

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here