Kereta Hangus Terbakar Angkara Anak Terbaling Mercun Dalam Kereta

0
779
kereta terbakar angkara mercun

Sewaktu musim-musim perayaan, bunga api dan mercun memang menjadi satu permainan yang dapat menimbulkan suasana kemeriahan terutama pada waktu malam oleh golongan muda dan kanak-kanak.

Perisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara oleh Perdana Menteri bukanlah halangan untuk mereka bermain di halaman rumah masing-masing.

Setiap malam pasti rancak kedengaran bunyi dentuman mercun menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama saja lagi. Tetapi setiap tahun ada sahaja berita kemalangan hingga menyebaban kecederaan parah anggota badan magsa akibat tidak berhati-hati bermain mercun atau bunga api  terutamanya kalau tak dipantau bersama oleh orang yang lebih dewasa.

mercun bunga api

Memang satu kejadian yang cukup malang terjadi menimpa nasib seorang lelaki berlaku di Alor Pasir, Wakaf Bharu apabila sebuah kereta jenis Iswara Aeroback miliknya dengan tidak disangka-sangka telah terbakar disambar api di depan halaman rumahnya.

Kejadian tersebut dipercayai disebabkan sewaktu anaknya bermain mercun, tiba-tiba dia terlempar mercun ke dalam kereta ayahnya itu.

Ayahnya pada waktu kejadian tersebut berlaku baru sahaja keluar dari rumah untuk mencari kayu api untuk membakar lemang. Alangkah terkejut apabila dia telah dimaklumkan tentang kebakaran kereta tersebut menerusi panggilan telefon oleh isterinya. Nasib keluarga ini agak baik kerana sekurang-kurangnya api tidak menyambar rumah mereka selain berjaya dipadam oleh pihak bomba.

@_azroy_12phisang menagis xbelagu#LoveMumsSmile #asekeli #Hopeful #DefineFreshChallenge #follow♬ bunyi asal – _Azroy_

 

 

Menjengah ruang komen, rata-rata netizen terkilan insiden seperti itu berlaku tinggal beberapa hari saja lebaran. Selain bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan, ramai  turut memberi nasihat agar kejadian sama tidak berulang lagi.

[VIDEO] Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Terbaling Dalam Kereta Habis Rentung 5

[VIDEO] Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Terbaling Dalam Kereta Habis Rentung 6

[VIDEO] Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Terbaling Dalam Kereta Habis Rentung 7

Sumber: TikTok Azroy & Facebook Mohd Mamat via IRDK Kelantan

sumber: kisahdunia