Kes Baru Covid-19 Meningkat di Enam Negeri Hari Ini

0
300
covid-19 meningkat

Setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari terdapat 6 negeri telah mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Negeri-negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Selangor, Perak, Johor, W.P Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

Paparan maklumat yang dikongsikan oleh beliau menunjukkan catatan seperti berikut

  • Perak –  2 kes,
  • Selangor – 4 kes,
  • W.P Kuala Lumpur – 1 kes,
  • Johor 1 kes,
  • Sarawak – 6 kes
  • Sabah p-  1 kes.

Berdasarkan catatan tersebut, jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini berjumlah 15 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,779 kes.

11 kes  melibatkan warganegara Malaysia dan 5 lagi kes positif adalah merupakan kes import.

Sumber: Noor Hisham Abdullah