Kes ustazah dipaksa merangkak selesai, ibu murid tampil mohon maaf

0
2574


Susulan isu tular tindakan seorang ibu menyuruh ustazah kepada anaknya, merangkak keliling kelas sambil diperhatikan oleh para pelajar lain, gara-gara berang anak cedera selepas didenda ustazah berkenaan.

Bagaimana pun, maklumat terbaru mendapati ibu murid tersebut dan ustazah itu telah pun bersemuka dan menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.

Menerusi laman Facebook, Bagan Datuk Kini, ibu dan ustazah yang mengajar di Madrasah Ad Diniah Islamiah, Parit 15, Sg Pulau, Bagan Datuk, Perak, telah bertemu semula dan saling memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Justeru, kes ini dikatakan sudah selesai dengan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu ini. Oleh itu, diharapkan perkara ini menjadi pengajaran buat ibu bapa, murid serta guru sekolah.

Sumber : Bagan Datuk Kini





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here