Kesian kadang2 tak sempat isi perut, Fazley Yaakob beri makanan untuk geng ‘rider’

0
13


Pekerjaan sebagai ‘rider’ sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar dimana mereka terpaksa menghantar makanan tepat pada masanya dan memastikan makanan yang dihantar selamat selain meredah cuaca hujan dan panas.

Oleh itu, sudah ramai yang mula mempunyai kesedaran dan menunjukkan keprihatinan terhadap mereka termasuk cef selebriti iaitu Dato’ Fazley Yaakob.

“Baru2 ini saya dan team @sukasucrebistro sempat siapkan sedikit dessert untuk rider dari Grab Food, Food Panda dan juga McDonalds.

“Yelah kan diorang sibuk hantar makanan kita semua sampaikan diorang sendiri pun tak sempat makan,” katanya.

Menurut Fazley, beliau bersama kakitangan restoran miliknya telah menyediakan beberapa pencuci mulut khas untuk penunggang daripada GrabFood, Foodpanda dan juga McDonald’s.

Melihat keadaan mereka yang tidak sempat menjamah makanan kerana sibuk melakukan tugas sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa simpati dan kagum terhadap kegigihan ‘abang-abang’ tersebut.

Chef yang berusia 41 tahun itu juga menyifatkan ‘rider-rider’ ini sebagai seorang hero kerana tanpa mereka, ramai yang tidak akan dapat menikmati makanan diinginkan dengan mudah.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dan rata-rata warganet memberikan pujian serta menyokong tindakan yang dilakukan oleh Fazley.

Memang terbaiklah usaha Dato dengan SukaSucre Bistro. Semoga rezeki Dato dan semua rider-rider kat Malaysia ni melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber : Dato’Fazley Yaakob





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here