Ketua Polis PJ Seronok Jadi ‘Cikgu’ Tadika

0
523
Ketua Polis PJ Seronok Jadi Cikgu Tadika

Sebagai seorang Ketua Polis Daerah, sudah pasti sibuk dengan tugas harian yang dipertanggungjawab kepadanya.

Tetapi itu tidak menghalang Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal untuk melawat kawasan di bawah pentadbirannya.

Beliau telah meluangkan masa melihat sendiri suasana Tabika Kemas Siti Syuhadah yang terletak di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam.

Nik Ezanee kelihatan begitu seronok dapat bertemu serta beramah mesra dengan tujuh murid tadika  tersebut.

Lawaran tersebut sedikit sebanyak telah mengimbau kembali dirinya yang tidak dapat meluangkan masa bersama anak pada usia mereka ketika itu.

Ketua polis jadi cikgu

“Dulu, waktu anak saya masih kecil dan seusia mereka, saya tidak dapat meluangkan masa dengan mereka seperti ini kerana kesibukan kerja.

“Secara tidak langsung, lawatan saya hari ini membolehkan saya meluangkan masa dengan anak kepada pegawai serta anggota polis di IPD Petaling Jaya yang ditempatkan di tadika ini dan menebus kekecewaan itu,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

PROGRAM BACK TO SCHOOL TABIKA KEMAS SITI SYUHADAH IPD PETALING JAYAPETALING JAYA, 15 Julai 2020 (Rabu) – Sekitar…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, July 14, 2020

Malah kehadirannya ke tadika berkenaan juga sekali gus dapat mengubah persepsi kanak-kanak yang sering ‘ditakutkan’ mengenai pihak polis sekiranya mereka bertindak nakal.

“Malah pada waktu kecil dulu pun, saya sering dimomokkan dengan perkara sama hingga saya takut melihat anggota dan pegawai polis.
“Dengan adanya aktiviti sebegini, kanak-kanak itu boleh melihat kami (pihak polis) yang memakai pakaian seragam dalam keadaan lebih mesra melalui aktiviti bercerita,” ujarnya.

Kehadiran tersebut adalah bertujuan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa dipatuhi semua pihak.

Sumber : Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin) , Polis Daerah Petaling Jaya