Kim Jong-un bunuh pegawainya yang disyaki punyai simptom koronavirus kerana ingkar arahan kuarantin

0
14


Seorang pegawai kerajaan Korea Utara telah ditembak dan dibunuh selepas pergi ke tempat mandi awam, sedangkan dia sepatutnya dikuarantin kerana disyaki mempunyai simptom koronavirus. 

Menurut laporan media Korea Utara, pegawai terbabit telah diasingkan di tempat khas untuk dikuarantin selepas mengunjungi negara China. 

Pegawai itu dibunuh selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, membuat keputusan bahawa sesiapa saja yang meninggalkan pusat kuarantin tanpa kebenaran akan ditembak mati. 

Dalam satu kes berasingan, seorang lagi pegawai kerajaan yang cuba menyembunyikan dirinya pernah mengunjungi China telah diasingkan dan diarahkan tinggal di sebuah ladang. 

Sehingga ke hari ini, Korea Utara masih belum mencatatkan sebarang kes berkaitan dengan Koronavirus. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here