“Kita sama2 rakyat, tak ada beza. Tak perlu bantuan khusus..” – Naim Daniel

0
111


Beberapa hari ini, laman media sosial menjadi kecoh apabila terdapat penggiat seni tanah air memohon bantuan khusus daripada kerajaan untuk golongan terbabit.

Tindakan mereka dipertikaikan majoriti netizen yang mendakwa bahawa para selebriti mempunyai kehidupan serba mewah dan tidak perlu mewujudkan bantuan khusus lain.

Terbaru, kenyataan penyanyi dan pelakon Naim Daniel mendapat sokongan warganet di laman Twitter yang disifatkan lebih matang dalam memberikan pendapat.

Menerusi paparan skrin video yang dikongsi seorang pengguna Twitter, penyanyi berusia 22 tahun itu berpendapat seseorang individu sudah merangkumi sebagai rakyat Malaysia bagi menerima peruntukkan kerajaan.

Naim berkata, ini waktu sesuai untuk tidak melabelkan seseorang individu tersebut sebagai golongan istimewa sebaliknya hanya berdasarkan kemanusiaan.

“Kalau saya sendiri pun dalam kesusahan, minta je bantuan macam biasa. Tak rasa perlu sebarang bantuan khusus ke apa, itu atas inisiatif unit artis tu sendiri. Macam nak bantu veteran dan sebagainya,” katanya.

Posting berkenaan diulang kicau lebih 10,000 kali dan meraih 13,300 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Naim.

Lain orang lain pendapatnya! Mungkin kita tidak perlu menilai cara hidup golongan selebriti di media sosial semata-mata? Tak semua indah berbanding realiti yang dihadapi.

Sumber : Twitter





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here