“Kita telah cadang Ayob dinaikkan pangkat mengambil alih jawatan Pengarah JSJ..”- Hamid Bador

0
5895

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah dicadangkan untuk menjadi Pengarah Jabatan Si4satan Jnayah (JSJ) Bukit Aman seterusnya, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa yang bakal memegang jawatan Timbalan KPN selepas penggantinya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah menggalas tugas baharu.

“Pengarah Bukit Aman yang paling kanan adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din dan Pengarah Jabatan Sias4tan Jnayah Nark0tik (JSJN), Datuk Razarudin Husain.

“Mereka adalah tiga pengarah paling kanan. Terserah kepada Perdana Menteri.

“Kita telah mencadangkan agar Ayob dinaikkan pangkat mengambil alih jawatan pengarah JSJ. Ramai yang mahu beliau dinaikkan pangkat,” katanya pada sidang media terakhirnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hamid juga bergurau mengenai ramai yang menyukai cara Ayob menebar roti canai, yang merujuk kepada video yang tular menunjukkan Ketua Polis Johor itu menunjukkan kepakarannya dalam masakan.

Kontrak Abdul Hamid berakhir pada Isnin depan, dengan Acryl Sani akan mengambil alih jawatan sebagai KPN.

Abdul Hamid bercakap pada sidang akhbar terakhir sebagai Ketua Polis Negara di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Ketua Polis Negara (KPN) , Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, dia sudah bersedia untuk mengvndurkan diri dan telah melakukan yang terbaik sejak dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 3 Mei 2019.

“Saya tidak berhasrat untuk kekal sebagai KPN. Yang bermula pasti akan berakhir.

“Saya sudah berusaha seperti ikrar dan svmpah untuk bertanggungjawab menjaga amanah meningkatkan martabat dan integriti pasukan.

“Saya akui misi ini penuh r4njau, mustahil untuk capai 100 peratus kerana masih ada yang berdegiI dan tidak mahu membuang tabiat lama (r4suah),” kata Abdul Hamid pada sidang akhbar terakhirnya di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid yang akan menamatkan perkhidmatannya pada Isnin depan mengakui beliau sed1h melihat seorang demi seorang anggota dan pegawainya diheret ke mahkamah untuk pertvduhan atas kes4lahan rasuah dan s4lah guna kvasa.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pasukan itu yang berjaya menangani kes-kes berprofil tinggi dan d.d.h yang menjadi mvsuh nombor satu negara sejak kebelakangan ini yang menjadi satu tanda aras baharu dalam pasukan PDRM.

Beliau turut mengingatkan warga polis supaya bertindak adil kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama, darjat, asal-usul dan fahaman politik.

“Campur tangan politik mesti dihindarkan, jika tidak maka hancvrlah kred1biliti pasukan keramat ini. Parti datang dan pergi PDRM akan kekal untuk menjaga keamanan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Timbalan KPN, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, 60, dilantik KPN baharu bagi menggantikan Abdul Hamid berkuat kuasa pada Selasa depan. – K! ONLINE

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini

Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, mencadangkan supaya Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak lagi dipengerusikan menteri, sebaliknya individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim dilantik menduduki jawatan itu.

Abdul Hamid yang bakal bersara Isnin ini, menegaskan menteri sebagai Pengerusi SPP, juga tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Menteri sepatutnya menumpukan perkara berkaitan dasar, bukan terbabit dalam urusan pertukaran pegawai.

“SPP amat penting dan tidak boleh bermesyuarat selama satu dua jam sahaja kerana berpuluh-puluh kes tatatertib masih tergantvng,” katanya dalam sidang media terakhirnya dengan media di Bukit Aman, semalam.

Abdul Hamid berkata, ia bukan semata-mata soal kuasa, sebaliknya perkara itu perlu untuk KPN menentukan siapa yang boleh dilantik kerana berada bersama-sama pasukan polis setiap hari, berbanding menteri yang bertanggungjawab kepada banyak agensi dan jabatan.

Katanya, SPP hanya bermesyuarat empat kali setahun dan tidak memiliki sebarang pejabat, sekali gus menunjukkan kedudukannya.

“SPP amat penting kepada PDRM kerana sekurang-kurangnya sekali sebulan mesti bermesyuarat. Ia menentukan kepentingan dan kebajikan 129,000 anggota,” katanya.

“Sebelum ini, cadangan supaya SPP tidak dipengerusikan menteri turut diusahakan oleh (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional) Tan Sri Abu Kassim Mohamed,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid meminta Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) menyi4sat amalan mel0mpat parti yang berlaku secara berleluasa.

“Saya lihat dalam politik, r4suah berlaku merata-rata dan perbuatan mengvgut itu r4suah namanya. Saya minta SPRM masuk, ambil t1ndakan dan jangan t4kut. Sudah lama rakyat tengok perbuatan itu, muak terhadap sekejap katak lompat sana-sini.

“Ia memberikan gambaran tidak baik seolah-olah negara ini tidak ada und4ng-und4ng dan sesiapa pun boleh melakukan (apa sahaja) untuk membeli (ahli politik).

“SPRM jangan si4sat PDRM sahaja, sebaliknya perlu menyi4sat ahli politik. Kembalikan budaya politik yang sihat untuk negara kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai r4kaman audio yang tular perbualan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis, Abdul Hamid berkata, beliau tidak ada kena-mengena.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai b4haya, Hamid berkata, teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

Sumber: The Star, K! ONLINE, BH Online

 

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.

coretanummi