Kongsi Video Miming, Warganet Samakan Rupa Paras Bella Dengan Siti Nurhaliza Zaman Muda

0
119

Kecantikan penyanyi tersohor nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza atau yang turut mesra disapa Tokti tidak dinafikan sehingga kini dimana usianya sudah mencecah angka 40 tahun namun tetap sentiasa kelihatan seperti usia remaja.

Penyanyi tersohor itu turut menjadi inspirasi dan idola buat ramai wanita-wanita muda diluar sana sejak dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai netizen menyebut dan teringat akan penyanyi terkenal itu apabila penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi dengan pengikutnya menerusi laman Instagram peribadinya rakaman video miming lagu raya berjudul Bila Hari Raya Menjelma nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Meskipun durasi videonya pendek, Bella Astillah yang kelihatan tersenyum bahagia menerusi video membuatkan peminat melihat dia seiras Datuk Siti Nurhaliza ketika muda.

Mengenakan baju kebaya, sepertinya video dikongsikan ini merupakan momen lama apabila tidak kelihatan ‘baby bump’ kerana Bella Astillah kini sedang hamil anak keduanya.

Dalam pada masa yang sama, Bella Astillah yang kelihatan tidak menghafal lagu berkenaan membuatkan warganet terhibur melihat gelagatnya yang tetap cuba untuk miming.

Lalu diruangan komen, pelbagai reaksi peminat dan pengikut tinggalkan disamping video dikongsikan itu turut meraih ribuan tontonan dalam masa yang singkat.

Video miming Bella Astillah curi tumpuan peminat

Sementara itu, anda boleh juga baca artikel-artikel yang menarik seperti dibawah yang turut mendapat perhatian warganet sejak kebelakangan ini.

Video disebalik kasut Elly Mazlein putus, kelakar tapi dipuji- “Very pro…”

Video gurauan anak dengan ayah ini cuit hati warganet, “Tu makan dia hahaha”

 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here