Konvo duduk sebelah2, esoknya tolong kambus tanah kebumi jenazah rakan

0
1960


Musim konvokesyen sememangnya menghadirkan pelbagai kisah pahit manis graduan. Secara keseluruhannya, majlis tersebut adalah satu medn kegembiraan buat semua yang terlibat.

Namun begitu, bukan semua kegembiraan akan berkekalan lama. Menerusi satu posting yang dibuat oleh seorang graduan yang baru sahaja menerima skrol diplomanya tempoh hari, dia telah menceritakan kesah kematian rakannya yang baru sahaja sama-sama menaiki pentas konvokesyen.

Kisah yang dimuat naik oleh Amirul Afiq ternyata begitu mengharukan kerana rakan yang duduk disebelahnya semasa hari konvokesyen telah disahan meninggal dunia keesokan hari selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Dia juga sempat memberitahu bahawa rakannya itu seakan pelik pada hari graduasi mereka kerana begitu peka terhadap dirinya dengan membetulkan jubah serta topi yang dipakai sehingga hampir menaiki pentas.

Ternyata, keprihatinan rakannya itu adalah yang terakhir untuk mereka. Selepas pulang, Amirul Afiq mendapat perkhabaran bahawa temannya yang bernama Amir Nasriq Abdul Haris, 22 meninggal dunia.

 

Menerusi perkongsian hiba itu, rata-rata pengguna Twitter telah menzahirkan rasa sedih diatas pemergian teman kepada Amirul Afiq. Mereka turut mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber : Amirul Afiq

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here