Kulit 3 beranak habis diseret, wanita menyesal tak pakaikan anak helmet

0
730


Hampir menemui ajal menjadi kenangan yang amat sukar untuk dilupakan oleh Wan Emilia Eliyshah Wan Mohd. Zulkarnain setelah dia dan keluarganya mengalami beberapa kecederaan.

Ini kerana motosikal dinaiki bersama suami, Muhammad Suffean Hashim Shamlan dan anaknya, Muhammad Dhuha dilanggar dari belakang sebuah treler di Jalan Parang, Pelabuhan Klang semalam.

Menerusi laman Facebook, wanita berusia 24 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila mereka sekeluarga masih diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.

Menurut Wan Emilia Eliyshah, dia dan keluarga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, kepala apabila kulit mereka diseret di atas jalan raya.

“Buat anakku , ibu ayah minta maaf sebab tak pakaikan awak helmet. Sebab tak ada saiz awak.

“Ibu ayah mana tak nak buat yang terbaik untuk anak sendiri. Syukur Allah lindungi kita dan berikan kita kesakitan sama 3 beranak,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, dia dan keluarga sudah memaafkan pemandu treler terbabit kerana semua yang berlaku sudah dirancang Allah SWT.

“Benda nak jadi dan memang dah terjadi. Kuasa Allah memang tak semua boleh lawan dan tak semua mintak benda macam ni belaku.

“Semoga kamu lepas ni lebih berhati-hati bawak kontena tu. Sebab kamu pun sedang mencari rezeki buat ahli keluarga kamu kan? Bukan mintak menjadi pembunuh kan?,” katanya.

Sumber : Wan Emilia Eliyshah , Kosmo Online!

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here