Layan seperti bapa sendiri, To’ki ‘jatuh sayang’ lihat peribadi Ustaz Ebit Lew

0
3856


Baru-baru ini tular mengenai kisah kehidupan penyanyi  To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 58, yang kini menjalani hidup serba kekurangan.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Namun, penyanyi itu dan isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, tetap bahagia menjalani kehidupan tanpa mengeluh dengan segala kekurangan dihadapinya.

Kisah To’ki juga menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit, yang turut berkunjung ke kediaman penyanyi itu untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi entri Ustaz Ebit di Facebooknya, To’ki dilihat berasa cukup senang dan gembira dengan kedatangannya. Sepanjang berjumpa, Ustaz Ebit mengetahui serba sedikit ujian hidup yang dialami penyanyi bersuara emas itu.

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke…

Posted by Ebit Lew on Wednesday, July 1, 2020

Meskipun baru pertama kali berjumpa, To’ki dilihat berasa cukup selesa dengan Ustaz Ebit, nilai kasih-sayang yang disampaikan pendakwah itu telah menyentuh hati penyanyi berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa cukup terharu dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew yang sudi datang menyantuni penyanyi yang satu masa dahulu telah menghiburkan kita semua.

Sumber : Ustaz Ebit Lew





Source link