Lelah & letih sepanjang PKP, Akisama Group turun padang ringankan beban ‘frontliner’ #Stayathome

0
125


Penularan wabak novel coronavirus di Malaysia dilihat semakin meningkat saban hari. Wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan, China telah disahkan sebagai pandemik oleh WHO, dan ia jelas memberi kesan serius kepada seluruh dunia.

Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan segera melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengurangkan penularan wabak ini. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mengurangkan sebarang aktiviti di luar.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana jika kita mematuhi perintah ini, kita akan berjaya memutuskan rangkaian wabak Covid-19.

Pelbagai saranan, rayuan dan kesedaran telah diberikan supaya rakyat Malaysia bekerjasama membendung wabak ini. Di media sosial pula, para petugas perubatan telah memuat naik status, foto dan video bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk duduk di rumah.

Antaranya Dr. Gee Teak Sheng dari Hospital Pantai Pulau Pinang yang telah memuat naik foto, “I stay at work for you, you stay at home for us.”

Penat lelah melihat petugas frontliner bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik sepanjang PKP ini telah membuatkan Akisama Group iaitu sebuah syarikat pembangunan RC Residences terpanggil untuk membantu mereka melalui program ‘Keprihatinan Kepada Anggota Barisan Hadapan’

Akisama Group tidak mahu terlepas peluang untuk turun padang memberi sumbangan barangan kegunaan harian kepada anggota barisan hadapan yang tanpa kenal erti penat dan lelah menjaga keselamatan pada waktu getir ini.

Walaupun projek pembinaan RC Residences telah terhenti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun atas dasar keprihatinan mereka masih memberikan sokongan kepada anggota barisan hadapan.

Sesungguhnya, tanpa bantuan dan sokongan daripada para petugas perubatan, keselamatan adalah mustahil untuk kita membendung penularan wabak novel coronavirus ini. Akisama Group amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah menubuhkan tabung Covid-19  bagi memberi peluang orang ramai memberi sumbangan untuk menampung kekurangan alatan perubatan dan sebagainya.

Sebagai sebuah syarikat korporat, Akisama Group amat berharap semoga lebih ramai lagi syarikat dan badan NGO memberi sokongan dengan menderma atau memberi sumbangan kepada para anggota barisan hadapan.

Sepanjang tempoh PKP ini, RC Residences akan memberi baucar setinggi RM 8,000 kepada sesiapa yang ingin membeli hartanah RC Residences dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang anda tunggu lagi? Hubungi mereka hari ini di link sini www.RCResidences.com.my.

*Tertakhluk terma & syarat





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here