Pagi2 dah cari gaduh.. Depan mesjid Lelaki bawa ‘nurse’ tunjuk samseng

0
2620
pagi2 bergaduh

Suasana di jalan raya ketika awal pagi kebiasaannya agak kelam kabut terutamanya ketika hari-hari bekerja. Ini disebabkan pengguna jalan raya yang masing-masing menggunakan kenderaan mereka untuk menjalankan tugas seharian. Keadaan jalan yang penuh dengan Kenderaan bermotor sudah pasti dalam keadaan yang bersimpang siur di atas jalan raya menyebabkan berlakunya kesesakan trafik berlaku.

Seharusnya para pengguna jalan raya perlu mempunyai kesabaran dan bertolak ansur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan  kejadian yang tidak diingini oleh mereka semasa dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju.

Tetapi  terdapat juga segelintir pengguna jalan raya yang tidak dapat mengawal perasaan marah mereka hanya disebabkan oleh salah faham ketika mengemudi kenderaan masing-masing.

Hisyam Nozi yang merupakan salah seorang pengguna Facebook hari ini telah telah mengupload satu rakaman video yang berlaku di sebuah simpang jalan ketika waktu pagi semasa kenderaan berpusu-pusu  melalui kawasan itu.

Video tersebut menunjukkan sikap seorang yang penunggang motosikal yang membawa seorang jururawat telah bertengkar dan memukul penunggang motosikal lain disebabkan berlakunya perselisihan faham kecil.

Menurut cerita dari Hisyam yang menyaksikan kejadian tersebut, seorang penunggang motorsikal yang membawa seorang jururawat telah menolak satu motosikal yang lain sehingga menyebabkan penumpang motorsikal yang terdiri daripada seorang kanak-kanak dan wanita dewasa terjatuh dari motosikal itu.

Hisyam dalam tulisannya menyatakan, dia ingin melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa kerana kejadian tersebut berlaku dalam kawasan Masjid Khalid al Walid Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Hasil perkongsian tersebut, menyebabkan kebanyakan netizen telah memberikan pelbagai  komen mengenai video yang tular tersebut.

Netizen mengecam perbuatan lelaki itu yang agak melampau serta memberikan imej yang buruk kepada seorang frontliner kesihatan kerana mencederakan orang lain tanpa alasan yang munasabah.

Sumber: Hisyam Nozi