Lelaki Melayu dapat awek Korea, tak lokek kasi tips mengorat orang sana

0
530


Sudahnya banyak kisah rakyat Malaysia yang bercinta dan mendirikan rumah tangga dengan warganegara luar. Sudah pasti sangat mengujakan apabila dua budaya yang berbeza, bersatu dan saling mempelajari antara satu sama lain.

Baru sahaja tular di Twitter, mengenai percintaan jarak jauh antara jejaka melayu dengan seorang gadis Korea. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Ahmad Fadhlan menerusi laman Twitter dan memuat naik beberapa keping gambar bersama.

 

Menerusi posting berkenaan, Fadhlan telah berkunjung ke Korea untuk melawat teman wanitanya itu. Tanpa disangka, perkongsian berkenaan telah meraih sebanyak 4,200 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga netizen!

Dia turut memperkenal teman wanitanya yang dikenali sebagai Moon Jiseon. Fadhlan juga turun memuat beberapa keping momen terakhir mereka berdua, sebelum dia kembali pulang ke Malaysia.

Disebabkan banyak permintaan dari netizen terutamanya kaum lelaki, Fadhlan juga tidak lokek memberikan sedikit tips penjagaan diri supaya dapat memikat gadis Korea. Katanya lagi, dia telah mengenali teman wanitanya itu sewaktu dia belajar di sana.

Menjengah diruangan komen, ramai yang meluahkan keinginan ingin memiliki pasangan dari negara tersebut. Tidak kurang juga, ada yang mengucapkan tahniah kepada Fadhlan dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin.

 

Jadi, kepada mereka diluar sana yang masih single, usah risau! Mungkin jodoh anda bukan berada di dalam Malaysia.

Walau apapun, rezeki, jodoh dan maut itu semuanya kerja tuhan. Kita sebagai manusia biasa tak perlu nak menidakan perkara yang telah diaturkan olehNya.

Sumber: Ahmad Fadhlan.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here