Lepas 20 bulan, Maszlee Malik sah letak jawatan Menteri Pendidikan

0
197

Baru sehari urusan sesi persekolahan berjalan, sudah ada berita yang agak mengejutkan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menerusi sumber yang diperoleh daripada Harian Metro, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah menyerahkan borang peletakkan jawatan sebagai menteri pada tengah hari tadi kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Berita Harian, Maszlee menyatakan bahawa KPM sering diperhati dan diadili oleh orang luar. Oleh sebab itu, banyak isu sensitif lebih disensasikan.

Berititik tolak daripada itu Dr. Maszlee telah mengesahkan bahawa dirinya berundur daripada KPM atas rasa tanggungjawab kepada semua isu.

Sidang media yang dilakukan bermula pada 4.20 petang sebentar tadi telah memaklumkan perkara tersebut. Beliau juga memberitahu beberapa butiran yang menyatakan pengudurannya dari barisan kabinet negara bermula 3 Januari 2019.

[LIVE] Sidang media khas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Thursday, January 2, 2020

Pada awal sidang media tersebut, Maszlee telah memaklumkan beberapa pembaharuan yang telah KPM lakukan sepanjang tempoh Pakatan Harapan mentadbir negara.

Beliau juga menyatakan beberapa perancangan KPM untuk akan datang bagi menambah baik sistem pendidikan negara.

Disamping itu, Maszlee juga sempat mengucapkan terima kasih diatas amanah yang diberikan oleh Tun. M bagi mengendalikan KPM dalam tempoh 20 bulan ini.

Sumber : Berita Harian 

 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here