Macam Bom Meletup!!… Kereta Bawa Mercun Dipanah Petih Terbelah Dua

0
1182
kereta meletup dipanah petir

Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang sedang dipandunya meletup dalam kejadian berdekatan Persimpangan Kampung Sireh di sini, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Letupan kereta jenis Proton Iswara itu, turut menyebabkan lima lagi kenderaan yang berada berdekatan rosak, termasuk sebuah yang turut terbakar.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal pihak bomba mendapati kereta yang meletup itu, turut membawa mercun.

“Setakat ini seorang mangsa berusia 50-an yang juga pemandu kereta yang meletup itu, disahkan meninggal dunia. Impak daripada letupan itu juga menyebabkan kereta jenis Proton Iswara itu terputus dua.

“Letupan kuat itu juga menyebabkan mayat mangsa tercampak kira-kira 20 meter daripada kenderaannya dan terputus beberapa anggota badan, termasuk kedua-dua belah kaki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Shafien berkata, empat lagi mangsa yang berada berhampiran lokasi kejadian turut tercedera termasuk seorang anggota polis yang parah, dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk rawatan lanjut.

Jelasnya setakat ini identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, dan siasatan lanjut masih dilakukan oleh pihak forensik.

Shafien berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan 1957.

Tinjauan Bernama mendapati, letupan itu turut menyebabkan cermin bangunan Tadika Tengku Anis dan Masjid Sultan Mansur, yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian rosak.

Lokasi kejadian juga dipenuhi dengan kesan mercun yang dipercayai menyebabkan letupan kuat itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Mohd Rudzuan Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 5.39 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong dikejarkan ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi didapati sebuah kenderaan terputus dua manakala lima buah lagi kenderaan turut rosak termasuk sebuah Proton Waja yang sedang terbakar.

“Kita dapati kenderaan yang terputus dua adalah disebabkan oleh letupan kuat dan bomba bertindak pantas memadamkan api pada sebuah kenderaan yang terbakar,” katanya sambil menambah punca kejadian masih disiasat. – Bernama

Katanya kejadian di kg sireh kota bharu, kelantan…ade kereta bawa mercun dalam kereta katanya lah kan…ade yang kata kena panah petir…ade yang meninggal dunia…ada mayat berterabur hancur katanya lagi… Ade yang tercampak sebab kuat letupannya…dengar2 5 buah kereta meletup…

Beberapa buah kenderaan rosak dipercayai akibat letupan mercun dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, Kampung Sireh, Kota Bharu, petang tadi.

Kosmo! difahamkan lima buah kenderaan terlibat dalam insiden letupan berkenaan antaranya sebuah kereta Proton Waja dan sebuah Proton Saga.

Mercun bola yang dipercayai punca letupan.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial kesan letupan itu turut menyebabkan beberapa bangunan turut rosak termasuk sebuah masjid dan sekolah berhampiran lokasi kejadian.

Kesan letupan tersebut juga boleh dilihat hampir 100 meter dari kawasan kejadian.

Turut dikongsi di media sosial adalah gambar dua lelaki dipercayai mangsa letupan dan gambar mercun bola dipercayai ada kaitan dengan letupan tersebut.

Dua lelaki cedera dipercayai terlibat dalam insiden letupan di persimpangan lampu isyarat di Kampung Sireh, Kota Bharu petang tadi.

Difahamkan ketika ini pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran kereta akibat letupan tersebut.

macam bom meletup

Berikut adalah video kemalangan tersebut.

Katanya kejadian di kg sireh kota bharu, kelantan…ade kereta bawa mercun dalam kereta katanya lah kan…ade yang kata kena panah petir…ade yang meninggal dunia…ada mayat berterabur hancur katanya lagi… Ade yang tercampak sebab kuat letupannya…dengar2 5 buah kereta meletup…
Namun begitu ada juga yang mendakwa kemalangan tersebut bukanlah disebabkan  dipanah petir tetapi disebabkan oleh mercun yang meletup.