Mahu pemain ini buka puasa, pengadil bola hentikan ‘game’ serta-merta!

0
598


Walaupun sedang menjalani ibadah puasa, segelintir pemain bola sepak beragama Islam berhadapan dengan perlawanan yang memerlukan cabaran dan tenaga luar biasa.

Itu terjadi ketika aksi terakhir Ligue Perancis 1 di antara pasukan Nice dan Monaco apabila kelihatan pengadil, Ruddy Buquet melakukan isyarat supaya perlawanan dihentikan pada enam minit permulaan.

Ini bagi membolehkan salah seorang pemain, Youcef Atal untuk berbuka puasa walaupun sekadar meneguk air mineral di tepi padang berkenaan ketika perlawanan berlangsung pada 24 Mei lalu.

“Pengadil memberhentikan pelawanan selama seminit bagi membolehkan Youcef Atal minum air ketika berbuka puasa,” tulis seorang pengguna Twitter.

Lebih menarik perhatian apabila Nice berjaya mendapat gol sebanyak 2-0 keatas Monaco walaupun ramai pemain mereka yang turut berpuasa dimana salah satu jaringan dibantu oleh Attal.

Sumber : Twitter

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here