Maksimun empat orang anak bawah 18 tahun, layak dapat BSH RM 480

0
6008

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap krisis ekonomi negara dan seluruh dunia hingga menyebabkan pelbagai sektor menerima kesan yang turut menjejaskan ekonomi bagi sebuah keluarga.

Namun begitu, kerajaan masih bertekad untuk memberi bantuan kepada golongan yang layak. Langkah ini tidak secara langsung dapat meringankan beban serta masalah kewangan di kalangan rakyat negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan telah mengumumkan bantuan Sara Hidup (BSH) ini akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun.

Walaubagaimanapun, kelayakan ini dihadkan kepada maksimum empat orang anak sahaja. Mereka yang layak akan menerima  bantuan ini di mana setiap orang akan mendapat bantuan sebanyak  RM120.

Bantuan ini akan diberikan pada fasa ketiga di mana pembayaran akan dibuat sebelum akhir Julai ini.

Menurut beliau lagi,  BSH pada kali ini melibatkan jumlah 3.8 juta isi rumah serta 1.2 juta individu yang masih bujang dengan implikasi kos sebanyak RM 3 billion.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini…”

Bagi pemberian bantuan BSH ini isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 bakal mendapat bayaran sebanyak RM600 dan bagi isi rumah dengan jumlah pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 akan mendapat sebanyak RM350.

Untuk  isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

Sumber : Astro Awani

Source link