Man Kajang semakin meletop selepas Rina Harun tampil dgn baju kurung rekaannya

0
538

Man Kajang, Saidatulnisa semakin meletop selepas Rina Harun berbaju kurung Pahang rekaannya | SEJAK awal minggu ini, nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun tiba-tiba menjadi trending di media sosial.

Mana tidaknya, ramai k4gum dengan penampilan baharunya dengan fizikal tubuh semakin langsing berbanding sebelum ini.

Fotonya menggayakan baju kurung Pahang berwarna biru turut mendapat perhatian ntizen yang rata-rata merasakan busana itu menyerlahkan lagi penampilannya sebagai seorang Menteri.


Penampilan terbaharu Rina yang tular sebelum ini.

Man Kajang pereka fesyen tradisional dan perkahwinan

Rupa-rupanya insan yang bertanggungjawab di sebalik penampilan Rina itu adalah pereka fesyen Man Kajang yang cukup terkenal dalam menghasilkan busana tradisional dan perkahwinan.

Man atau nama sebenarnya Othman Abdullah berkata, dia diperkenalkan kepada Rina oleh jurusolek selebriti, Saidatulnisa Aminuddin baru-baru ini selepas menteri itu menyatakan minat untuk memakai rekaannya.

Ketika bertemu dengan Rina, dia mencadangkan rekaan bersesuaian dengan status beliau sebagai seorang menteri dan wakil rakyat.

“Alhamdulillah beliau menyukai idea dan rekaan yang saya buat untuknya. Sebagai pereka fesyen saya akan mencadangkan apa bersesuaian selain cuba menyesuaikan dengan kehendak pelanggan,” katanya kepada mStar.


Anggun… Rina tampil bergaya dalam persalinan rekaan Man Kajang.

Dalam pada itu, Man memberitahu Rina menempah tiga pasang baju kurung dengannya dan berbesar hati apabila menteri itu menyukai hasil kerjayanya.

“Sebenarnya ketika saya membawa tiga helai pakaian yang sudah siap kepada beliau, Rina menggayakan baju kurung Pahang berwarna biru itu dan terus menyukainya.

“Kebetulan beliau perlu membuat satu rakaman berhubung majlis peringkat antarabangsa dan beliau mahu memakai baju tersebut ketika rakaman.

“Sebagai pereka fesyen, sudah tentu saya gembira apabila hasil kerja kita memuaskan hati pelanggan dan sejujurnya tiada sebarang keistimewaan pada rekaan baju itu tetapi ia bersesuaian dengan imejnya,” katanya kepada mStar.

Alhamdulillah beliau sangat ‘sempoi’ dan cukup bersahaja malah personalitinya cukup menyenangkan.

MAN KAJANG

Skuad glam… Jurusolek selebriti, Saidatulnisa dan pereka fesyen Man Kajang bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai rekaannya itu, Man memberitahu dia ingin menampilkan sisi berbeza diri Rina selepas berjaya menurunkan berat badannya namun tidak mahu memberikan rekaan dan gaya keterlaluan kepada menteri itu.

Ini kata Man, dia merasakan gaya polos dan ringkas cukup sesuai bagi menyerlahkan keanggunan serta sisi sopan dan profesional Rina terutamanya bagi menghadiri majlis-majlis penting.

“Selain baju kurung Pahang, Rina turut meminta saya buatkan baju menggunakan kain songket memandangkan beliau memperkenalkan pemakaian baju warisan itu pada hari Jumaat dalam kalangan kaki tangan kementeriannya.

“Rekaan baju kurung Pahang potongan ringkas yang digayakan bersama tudung Bawal Exclusive menyerlahkan lagi gayanya,” katanya.

Sementara itu, Man menyifatkan Rina sebagai seorang menteri yang cukup ‘sempoi’ selain ramah ketika bertemu dengannya baru-baru ini.

Transformasi Rina yang cukup mengagumkan.

Malah Rina turut terbuka menerima pelbagai idea yang dilontarkannya mengenai fesyen bersesuaian dengannya agar sentiasa tampak profesional dan bergaya.

“Sejujurnya saya memberitahu sesuatu hanya kerana ingin menjaga hatinya sebagai seorang menteri sebaliknya saya banyak beritahu dengan tip dan fesyen bersesuaian dengannya.

“Alhamdulillah beliau sangat ‘sempoi’ dan cukup bersahaja malah personalitinya cukup menyenangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Man tidak menafikan perhatian dan populariti Rina ketika ini sedikit sebanyak memberi impak kepada jenamanya apabila ramai berminat untuk menempah baju kurung Pahang seperti dipakai Rina.

Penampilan terbaharu Rina mendapat pujian ramai.

Malah dia mendapat banyak pertanyaan mengenai baju kurung Pahang tersebut meskipun jenamanya lebih banyak memfokuskan kepada pakaian pengantin.

“M4langnya saya tak dapat penuhi permintaan yang mahukan pakaian sama seperti Rina memandangkan saya sudah tutup tempahan untuk Aidilfitri sejak akhir Januari lalu.

“Pun begitu saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada yang memuji pakaian saya itu,” jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Man memberitahu jenama Man Kajang masih memfokuskan kepada rekaan pakaian pengantin namun pandemik yang melanda ketika ini memerlukannya untuk mengubah strategi perniagaan.

Memandangkan tidak ramai pasangan berkahwin, Man mengambil keputusan untuk menerima tempahan Aidilfitri daripada pelanggan dan bersyukur sambutan diterima sangat menggalakkan.

Sumber: mStar, Facebook Man Kajang

Source link