Maruah guru dipijak2, peguam tawar khidmat bantu ‘ustazah merangkak’ ambil tindakan

0
5033


Berkenaan video tular, memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid, telah mendapat perhatian seorang peguam.

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memaklumkan mahu membantu ustazah terbabit mengambil tindakan undang-undang.

Dalam hantarannya, peguam berkenaan meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, supaya dia dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana sehingga menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

 

Difahamkan, peguam itu telah berkongsi video tular ustazah terbabit, namun terpaksa dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.

Bagaimana pun, mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Justeru, bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai ustazah terbabit, sila hubungi puan Nurhidayaty. Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul.

Sumber : Nurhidayaty Maidin





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here