Mati ‘bersepah’ depan rumah, pemuda sedih kucing2 diracun jiran kejam

0
155

Kucing merupakan haiwan yang sering dipelihara oleh manusia untuk dijadikan peneman di rumah. Sifat kucing yang manja dan sentiasa ingin hidup di lingkungan manusia membuatkan mereka gemar berkeliaran di sekitar kawasan perumahan.

Namun begitu, tidak semua individu menyukai haiwan comel ini. Ada sahaja cara mereka untuk menyingkirkan kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar rumah mereka dengan pelbagai cara termasuk cara yang agak kejam.

Seorang pemuda telah berkongsi kisah mengenai kucing-kucing peliharaannya yang didapati mati di hadapan rumah selepas dipercayai termakan racun.

Menerusi muat naik yang dibuat amirawr di Twitter, dia mendapati 5 ekor kucingnya mati apabila bangun pagi dan perkara tersebut begitu menyedihkan.

Menurutnya, dia terkejut kerana melihat 3 ekor kucingnya sudah mati di beberapa kawasan di rumah dan 2 ekor algi sudah nyawa-nyawa ikan. Tidak lama selepas itu, mereka semua turut mati dalam tempoh masa yang singkat.

Walaupun mengakui bahawa silapnya juga kerana tidak mengurung kucing dan membiarkan haiwan tersebut berkeliaran, namun dia tidak menyangka masih ada insan yang tergamak memperlakukan sebegitu terhadap haiwan-haiwan tersebut.

Pemuda itu turut berharap agar orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada sesiapa yang dengki dengan kucing-kucingnya itu kerana apa yang sudah jadi tidak akan dapat dikembalikan semula.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet berasa terkejut dan bengang dengan tindakan individu yang tergamak melakukan perkara kejam itu.

Mereka juga turut bersimpati melihat kejadian itu berharap agar individu yang suka menganaiya kucing dikenakan tindakan.

Sumber : Amirulrawr

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here