Tak Sempat Merasa Gaji Pertama, Pekerja Kurier Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

0
132

Pemandu mabuk terus membunuh! Lagi kes terbaru, seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Sinar Harian, ketika kejadian pada jam 6 pagi, kereta dipandu oleh seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta telah hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya.

Berdasarkan pemeriksaan polis, pemandu mabuk berusia 22 tahun didapati memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian mangsa berusia 42 tahun.

Rakan mangsa, berusia 30 tahun cedera parah dan kini berada di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, di ruangan komen, netizen sudah hilang sabar kerana tidak sanggup lagi mahu melihat ramai lagi orang menjadi korban si pemandu mabuk. Kebanyakkan menggesa agar hukum mati dikenakan kepada pesalah.

Sumber : Sinar Harian

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here