MB Johor timbang untuk LOCKDOWN

0
503
hasni

Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negeri ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang meningkat ketika ini.

Cadangan berkenaan disuarakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Muda Johor (DMJ) yang menyeru kerajaan negeri mengambil pendekatan agresif berkenaan dalam melawan pandemik Covid-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya memberitahu, beliau akan memperhalusi cadangan tersebut.

“Saya terima surat syor dan akan perhalusi. Terima kasih,” ujarnya ringkas.

Tangkap layar Twitter Husni berhubung cadangan PKP penuh oleh DMJ.

Terdahulu, DMJ dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya mahu kerajaan negeri mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh di negeri ini.

Menurut DMJ, langkah itu perlu untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang sedang meningkat di negeri ini.

“Sekiranya PKP menyeluruh dilaksanakan, kerajaan negeri perlu mengimbangi perkara itu dengan memberikan pakej bantuan khas kepada pihak terjejas.

“Bantuan tersebut seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan moratorium secara automatik untuk satu tempoh yang bersesuaian,” jelasnya.

Cadangan berkenaan telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Johor menerusi satu surat rasmi, semalam.

Tambah pihaknya, kerajaan negeri juga perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh di negeri ini bagi mengesan penularan wabak itu dalam komuniti.- K! ONLINE