Isteri maut ditikam suami warga Rohingya depan anak2

0
254

Seorang wanita maut di tangan suaminya sendiri selepas dia ditikam dalam satu kejadian di Kampung Gong Garu, Gaal di Pasir Puteh pagi hari ini.

Mangsa yang merupakan warga asing, etnik Rohingya dikenali sebagai Noor Begum Dil Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami mangsa yang juga etnik Rohingya, berusia 32 tahun menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam isterinya. Lebih sadis lagi pembunuhan itu berlaku di hadapan dua anak mereka berusia tiga dan empat tahun.

Menurut jirannya, Maimun Chik, 47, kedengaran bunyi bising daripada rumah mangsa membuatkan dia terus keluar mahu melihat apa yang berlaku.

Alangkah terkejutnya, apabila dia melihat mangsa sudah terbaring berlumuran darah dan dua orang anaknya sedang menangis di sisi ibu mereka yang sudah tidak bernyawa.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa terbaring di depan rumah saya dalam keadaan berlumuran darah dan anak pula sedang menangis di sisi mayat ibunya…”

Maimun berkata, dia memang sering mendengar jirannya itu bergaduh suami isteri, namun tidak menyangka akan terjadi teruk seperti ini.

Dua orang anak mangsa kini dibawa jagaan sepupunya dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk proses bedah siasat. Manakala suspek iaitu suami mangsa telah ditahan di sekitar kawasan Kota Bharu.

Sumber : Harian Metro

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here