Menangis teresak-esak ingat kena buli, rupanya ditinggal kawan tak solat bersama

0
191


Banyak kes buli yang berlaku dan tular di laman sosial sehingga menyebabkan kecederaan teruk bahkan ada juga yang meninggal dunia. Hampir ibu bapa pastinya berasa sangat trauma dengan kes yang telah terjadi dan mengharapkan agar perkara tersebut tidak terjadi pada anak-anak mereka.

Tular menerusi laman Twitter, video yang memaparkan seorang budak lelaki yang menangis teresak-esak setelah dijemput oleh bapanya pulang dari sekolah. Bapanya berasa khuatir jika takut anak kecilnya itu dibuli dekat sekolah, namun sangkaannya adalah salah.

Aksi adik Pael ataupun nama penuhnya Aqmal Farael ini telah mendapat hampir 14,700 ulang kicau dan 13,700 tanda suka oleh para netizen di Twitter. Pael menjelaskan bahawa dia menangis teresak-esak kerana terasa dengan kawannya yang tidak menunggunya untuk solat bersama-sama.

Pael menjelaskan kepada bapanya keadaan dan situasi yang menyebabkannya berasa sangat sedih dan berkecil hati dengan tindakan rakannya.

Netizen rata-ratanya terhibur meninggalkan pelbagai komen serta reaksi mengenai adik Pael ini yang menangis kerana terguris hati ditinggal oleh kawannya untuk solat bersama.

 

Alhamdulillah, sejuk hati ibu bapa dapat anak-anak yang jaga solatnya. Semoga sudah besar nanti menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.

Sumber: Notbielah

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here