MH17: Imbas kembali Kotak Hitam Cuba Dilarikan dari Pasukan Malaysia

0
175

Pada tanggal 17 Julai 2014 lalu, negara digemparkan dengan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine.

Tidak cukup dengan kematian 283 orang penumpang beserta 15 kru, nahas tersebut memberi mimpi ngeri buat seluruh rakyat Malaysia yang masih lagi ‘trauma’ dengan kejadian kehilangan pesawat MH370 pada tahun yang sama.

Mengimbas kembali pada waktu itu, siaran media agak sibuk dengan laporan-laporan terkini dari semasa ke semasa, selain kerajaan bertungkus-lumus menjalankan pelbagai usaha.

Usaha tersebut dijalankan menerusi satu pasukan yang dicipta bagi mengadakan perundingan, dalam misi menyelesaikan kes tragedi tersebut dengan kaedah paling profesional, iaitu The Dozen Person.

Setelah enam tahun berlalu, hari ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkongsi satu kenyataan mengenai pasukan tersebut, sebagai tanda mengingat peristiwa bersejarah tanah air ini.

Mari ikuti perkongsian MKN di bawah ini.

Gambar: Majlis Keselamatan Negara

PENGALAMAN GETIR THE DOZEN PERSON DALAM MISI MH17

Tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 tetap menjadi detik hitam dalam sejarah negara. Walaupun sudah enam tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan.

Memasuki zon perang dengan ‘tangan kosong’, tanpa sebarang senjata api bagi melindungi keselamatan diri antara pengalaman getir terpaksa ditempuh Ketua Perunding The Dozen Person, Kolonel Mohd Sakri Hussin, dalam penugasan MH17.

Kolonel Mohd Sakri Hussin kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengalaman itu terpahat kukuh dalam ingatannya walaupun telah lama berlalu.

Beliau berpengalaman selama 38 tahun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, selain misi kemanusiaan, mencari dan menyelamat (SAR) serta konflik antarabangsa, operasi itu cukup mencabar kerana wujud banyak pihak berkepentingan yang berkehendakkan bahan bukti berkenaan.

Gambar: Majlis Keselamatan Negara

Dugaannya yang perlu dihadapi bukan calang-calang, lebih-lebih kita berada di zon perang. Pengalaman ini lebih ‘hebat’ dari penugasan beliau pada era insurgensi, begitu juga operasi pengaman yang pernah disertai bersama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), misi kemanusiaan atau bencana lain.

Terdapat 10 ‘checkpoint’ terpaksa ditempuh sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine), dengan setiap ‘checkpoint’ ada pelbagai karenahnya, selain pergerakan kita diekori. Lebih mencabar kerana sepanjang operasi ini, kita sendiri tidak tahu siapa kawan, siapa musuh, yang memerlukan kita berwaspada sepanjang masa.

Di sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), beliau sentiasa mengingatkan 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.

Gambar: Majlis Keselamatan Negara

Ini disifatkan sebagai misi berani mati, keupayaan The Dozen Person menyelesaikan proses rundingan dalam tempoh 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengagumkan masyarakat antarabangsa.

Malah, rundingan diselesaikan tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).

Selain beliau ketika itu bertugas dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), The Dozen Person turut dianggotai pakar komunikasi, doktor perubatan, pakar patologi dan pengecaman mangsa bencana (DVI), jurubahasa tentera, pegawai Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) serta anggota komando sebagai langkah keselamatan.

Lebih mencabar lagi, dalam perjalanan keluar dari ‘ground zero, beliau dan 11 orang anggotanya turut berdepan dengan pelbagai insiden menggerunkan, termasuk cubaan melarikan bahan bukti itu.

Ketika itulah, pegawai komando dalam kumpulan perlu melindungi keselamatan bahan bukti itu walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat dan dipermudahkan.

Gambar: Majlis Keselamatan Negara

Info Kumpulan The Dozen Person:

– Kolonel Mohd Sakri Hussin (NADMA – Ketua Perunding)
– Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohd Ilham Haron (ATM – Perubatan)
– Dr Mohd Shah Mahmood (HKl – Patologi dan DVI)
– Mejar Nazri Musman (ATM)
– Mejar Dr Mohd Hafizi Abdullah (ATM – Perubatan)
– Mejar Muhammad Mustafa Omar (PASKAU – TUDM)
– Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal (ATM-Jurubahasa)
– Inspektor Abd Rahim Abd Aziz (SMART)
– Sarjan Shahrizal Abu Bakar (PASKAU – TUDM)
– Koperal Rosli Mustafa (PASKAU – TUDM)
– Laskar Udara Kanan Mohd Afendy Ahmad Zaini (PASKAU – TUDM)
– Rosli Shaari (SAPURA Technologies – Pakar Komunikasi)
Ministry of Transport Malaysia
Wisma Putra
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

mh17 misi bawa pulang kotak hitam dan bahan bukti
Gambar: Majlis Keselamatan Negara
Gambar: Majlis Keselamatan Negara
mh17 misi bawa pulang kotak hitam dan bahan bukti
Gambar: Majlis Keselamatan Negara

𝐌𝐇𝟏𝟕 : 𝐖𝐀𝐋𝐀𝐔𝐏𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, 𝐍𝐀𝐌𝐔𝐍 𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍PENGALAMAN GETIR THE DOZEN PERSON DALAM MISI…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, July 16, 2020

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

 

siakapkeli