Muat naik status pasal mati, pelajar seakan tahu akan pergi hadap Ilahi

0
341

Seperti arwah tahu ajalnya semakin dekat, seorang penuntut kolej sebelum ini telah memuat naik posting tentang kematian sebelum beliau maut dalam satu kemalangan setelah kereta yang dipandunya terbabas serta melanggar pokok.

Lebih menyedihkan lagi apabila mangsa, Allahyarham Muhammad Syawal Adnan Deraman telah menghadap Ilahi pada hari raya keenam ketika kemalangan yang terjadi di Jalan Felda Neram-Bandar Cheneh Baru, Chukai petang semalam.

Arwah yang berusia 21 tahun adalah seorang pelajar yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya rumahnya di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru dari Kuantan dan akibat dari perlanggaran tersebut, beliau meninggal dunia serta merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan yang parah.

“Celikkan mata aku suatu masa pasti, jika tiada khabar anggap saja aku mati,” tulisnya.

Posting beliau dalam laman Instagram miliknya telah dibanjiri oleh titipan doa oleh beberapa pengguna lain agar roh Allahyarham Muhammad Syawal dicucuri rahmat.

Sumber : Kosmo! Online

 

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here