Ya Allah.. Wanita maut tinggalkan 4 anak sekelip mata dalam Nahas motosikal di Batu Pahat,

0
390

Dua wanita dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat semalam.

Mangsa, Nur Indasari Miskan dan anak saudaranya Hazlina Makmun meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Kluang, Johor.

Lebih memilukan apabila Nur Indasari atau lebih dikenali sebagai Nizdaa ‘pergi’ meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil iaitu Aliyah, Ammar, Amira dan Amir.

 

Al fatihah.. meninggal dibulan yg mulia. Muda lagi.. arwah ada 4org anak. 😭

Posted by Shazwani Norsidah on Saturday, May 9, 2020

al fatihah.. moga tenang dsana..moga anak2 kuat mghadapi ujian ni😞😞allahu..

Posted by Muhammad Shahideen on Saturday, May 9, 2020

Menerusi komen Facebook Mr Wan Cai Official yang menguruskan jenazah mangsa, anak-anak arwah kini di bawah jagaan rumah anak yatim milik kakak Allahyarham yang terletak di Ampang, Selangor.

Terdahulu pada 16 April lalu, arwah yang berusia 27 tahun memuat naik posting menggambarkan perasaan letih berkenaan hak penjagaan anak sebelum menemui ajal pada 16 Ramadan.

Sumber : Khaizam Boss , Shazwani Norsidah , Muhammad Shahideen , Mr Wan Cai Official , BEbyy NiZdaa

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here