“Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian” – Tunku Azizah

0
594


Umum sedia maklum mengenai hubungan rapat antara pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ini kerana Rizalman bertanggungjawab bagi menyediakan persalinan untuk keluarga diraja Pahang itu sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Jun lalu.

Baru-baru ini, Tunku Azizah muncul di Live Instagram (IG) pereka fesyen tersohor berkenaan dengan membuat sembang santai tanpa sebarang protokol.

Menerusi rakaman Live IG itu, kelihatan Permaisuri Agong sedang menikmati durian bersama anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang turut melambai tangan dan mengucapkan salam.

Dalam satu perbualan, Rizalman dan baginda sempat bertanya Tengku Hassanal sama ada beliau sudah mempunyai kekasih hati setelah ramai memuji ketampanannya ketika hari pertabalan tempoh hari.

“Handsome kan Hassanal, ada orang tanya Tengku Hassanal ni ada pilihan hati ke tak? Ada tak? Suruh dia jawab sendiri, saya tak nak jawab,” usik Tunku Azizah.

“Not yet (belum ada),” balas Tengku Hassanal secara ringkas.

Tambah Tunku Azizah, bagi individu yang berhasrat ingin menjadi isteri Tengku Hassanal harus memahami minat dan menjaga penampilan anaknya.

“Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki.

“Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tu la,” kata Tunku Azizah.

Sumber : Facebook

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here