“Nak nangis jap..” – Sambut usia 4 tahun, Alif Satar dah fikir jadi wali anak!

0
464


Penyanyi dan pengacara, Alif Satar tidak menyangka anaknya Alisha Anugerah sudah mencecah usia empat tahun dalam sekelip mata.

Perkara tersebut dikongsi Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar di laman Instagram setelah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu malam tadi.

Menurut artis versatil itu, apabila cahaya mata semakin membesar ia secara tidak langsung membuatkan dirinya perlu bersiap sedia untuk menjadi wali kepada anaknya pada satu hari nanti.

“Majlis hari jadi/buka puasa malam tadi. Alhamdulillah, cepat betul Alisha dah 4 tahun. pejam celik aku dah nak kena jadi wali dah. Nak menangis kejap,” tulisnya.

Posting berkenaan sudah tentu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi buat Alisha.

Tidak kurang ada juga dalam nada bergurau mengusik Alif yang dikatakan agak ‘over’ apabila terlalu awal memikirkan soal jodoh anaknya.

Alif berkahwin dengan Sha Dila pada September 2014 dan dikurniakan seorang lagi puteri, Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.

Isterinya juga sedang hamil anak ketiga dengan kandungan mencecah usia enam bulan dan dijangka akan bersalin September nanti.

Sumber : Alif Satar

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here