‘Nama saya Fuaazuzakia’

0
5


Kredit foto: Harian Metro

“SEHINGGA kini, saya tiada jawapan mengenai nama ini,” kata Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Segamat, Fuaazuzakia Abd Mohidin Zaman, 34, mengenai keunikan namanya.

Menurutnya, dia hanya tahu nama unik itu dicadangkan oleh seorang jururawat kepada arwah datuknya, Ariffin Karim di sebuah hospital di Melaka ketika dilahirkan pada September 1985.

“Saya tidak tahu apa makna di sebalik nama itu dan usaha mengesan jururawat itu masih gagal dan dipercayai dia sudah bersara dan berpindah ke lokasi yang tidak diketahui,” katanya ditemui di Pejabat AADK Segamat hari ini.

Menurutnya, hanya arwah datuknya sahaja mengenali raut wajah jururawat itu dan pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mengesan wanita itu.

“Usaha itu juga bertambah rumit selepas datuk meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun,” katanya.

Berikutan itu, bapanya, Abd Mohidin Zaman Ariffin, 64, dan ibu, Taminah Jaafar, 54, turut mendapatkan pandangan sudut agama kepada beberapa pihak berpengetahuan mengenai namanya.

“Nama Fuaazuzakia tidak membawa maksud yang tidak baik dan kedua-duanya bersetuju dengannya.

“Pada masa sama, kami turut melakukan pencarian di portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beberapa bulan sekali selain hadir ke kaunter jika ada nama yang mirip atau sepadan, namun tiada,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari keunikan namanya itu apabila hanya seorang sahaja individu yang memiliki nama itu di negara ini.

Fuaazuzakia berkata, dia sering ditanya mengenai kesahihan nama yang diisikan dalam setiap borang permohonan.

“Ramai tanya sama ada benar ejaan nama saya itu kerana terlalu panjang, selain menunjukkan MyKad bagi memudahkan urusan.

“Ada juga orang awam yang menyangkakan saya berbangsa Jepun berdasarkan nama itu.

“Melalui panggilan telefon turut menjelaskan ejaan nama satu persatu, ada kalanya menggunakan ‘morse code’ (karektor ayat) bagi memastikan ejaaan nama itu betul.

“Selain itu ada antara mereka yang baharu mengenali saya juga bertanyakan adakah betul panggilan nama saya, Fuaazu, Fua, Fuaazuza atau kena memanggilnya penuh ejaan kerana bimbang saya berkecil hati,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah berasa tersinggung, panggian mudah hanyalah Fuaaz atau Fua sahaja sudah memadai.

Menurutnya, ketika majlis pernikahan bersama suami, Aznizan Abu Hassan, 37, pada 28 November 2010, saksi meminta sebutan nama saya itu diulang kerana kurang jelas dan menjadikan ià kenangan buat mereka.

Anak sulung kepada enam beradik iaitu empat perempuan dan dua lelaki berusia antara 15 hingga 31 tahun itu berkata, hanya dirinya seorang sahaja diberikan nama unik keluarga.

 

Kredit: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here