Neelofa umum tarik diri, bukan lagi pengacara Meletop mulai tahun 2020

0
28


Selepas hampir lapan tahun menjadi pengendali program rancangan hiburan Meletop, hari ini, pelakon dan juga usahawan berjaya, Neelofa telah memaklumkan bahawa menarik diri sebagai  pengacara rancangan yang bersiaran setiap Selasa itu.

Neelofa telah memaklumkan bahawa Disember ini merupakan bulan terakhir dia mengendalikan rancangan tersebut bersama rakan pengantaranya, Nabil Ahmad.

Menerusi Harian Metro, Neelofa memaklumkanbahawa keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.

Dia juga dilihat menangis semasa mengumumkan hal tersebut kerana mengakui rancangan itu sudah sebati dengn dirinya.

Pengumuman itu dilakukan pada siaran langsung Meletop malam ini dan hal tersebut nyata tidak diketahui oleh Nabil sendiri dan turut mengejutkan para penonton.

Menerusi Instagram Astro Malaysia, pihaknya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Neelofa sepanjang hampir sedekad mengacarakan rancangan infomasi selebriti ini dan mengakui pengacara itu menjadikan Meletop sebagai antara  rancangan terbaik di Malaysia.

Sumber : Harian Metro, Astro Malaysia

 

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here