Netizen baru nak gembira Tunku Azizah kembali ke Twitter, akaun @cheminahsayang ditutup lagi

0
188

Selepas isu penutupan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah yang didakwa dinyahaktifkan kerana terdapat beberapa komen negatif terhadap baginda.

Sehinggakan, ada dalam kalangan netizen bertindak membuat laporan polis terhadap individu yang telah melemparkan kecaman terhadap baginda.

Lantas, baginda membuka semula akaun Twitter, bagi memaklumkan kekecewaanya terhadap apa yang telah berlaku, kerana dikhabarkan individu yang didakwa mengkritik baginda kini sudah ditahan pihak polis.

Namun, netizen hanya sempat beberapa jam berasa gembira dengan kepulangan baginda ke laman Twitter kerana setelah itu Tunku Azizah dengan menggunakan nama akaun Cheminahsayang, telah menutup semula akaunya.

Difahamkan setelah isu tersebut mula bertambah serius, individu yang mengecam baginda permaisuri telah pun membuat permohonan maaf.

Justeru, mungkin netizen sudah boleh bertenang kerana perkara ini tidak disukai baginda permaisuri, penutupan akuan baginda adalah hak baginda dan kita perlu menghormati privasinya.

Sumber : Harian Metro

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here