Niat cat rumah sempena raya tak kesampaian, ibu & anak bongsu maut kemalangan

0
1030

Kehilangan insan yang tersayang lagi-lagi di saat syawal bakal tiba, nyata memberikan satu tamparan hebat buat seisi keluarga, keterujaan menyambut Aidilfitri sekelip mata bertukar suram.

Baru-baru ini berlaku satu kemalangan tragis melibatkan nyawa dua beranak ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada membeli cat.

Difahamkan, ketika kejadian kereta yang dipandu si suami bersama isteri dan tiga orang anaknya didapati hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa Nur Zaharah Fauzi, 3, maut di tempat kejadian manakala ibunya, Roshila Ishak, 38, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah manakala yang lain cedera.

Kejadian malang itu sekaligus memusnahkan niat keluarga tersebut mahu mengecat rumah sempena menyambut Syawal yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Menurut kakak ipar kepada Roshila, Rohaiza Abdul Halim, 43, dia tidak menyangka gurauan adik iparnya berseloroh bahawa mereka sekeluarga mungkin terpaksa berbuka di rumahnya, menjadi petanda pemergiannya.

“Dia berseloroh agar selepas ini kami sekeluarga berbuka puasa di rumah ahli keluarga yang lain memandangkan rumah ahli keluarga terbabit baru selesai diubah suai untuk menyambut Aidilfitri…”

Semoga keluarga ini dikurniakan kekuatan dan ketabahan, supaya dapat menerima kehilangan ini dengan hati yang redha dengan ketentuan Ilahi.

Sumber : Utusan Online

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here