Noh Salleh tak tahan sebak bila Live IG dengan Satu-satunya Warga Malaysia di Palestin

0
158

Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan kita lupa nasib saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang menahan segala serangan kejam Rejim Zionis.

Justeru itu, sejak beberapa hari lepas, ramai yang menyuarakan sokongan ke atas Palestin di media sosial dengan melaungkan kata-kata semangat serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap yang dilakukan pihak Israel.

Antara selebriti yang kuat memperjuangkan Palestin di media sosial ialah pasangan suami isteri iaitu Noh Salleh dan juga Mizz Nina.

Pada malam raya semalam, mereka telah bekesempatan untuk membuat panggilan video bersama satu-satunya warga Malaysia yang tinggal di Palestin iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk berkongsi keadaan semasa disana.

Sedutan daripada live Instagram pasangan selebriti tersebut dengan founder Pertubuhan Cinta Gaza itu telah dimuat naik ke Twitter oleh beberapa pengguna media sosial untuk dikongsikan kepada semua.

Dalam salah satu posting yang ada, dapat dilihat Noh tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata mendengar keadaan disana.

Lebih ‘menyeramkan’ lagi, dalam mereka sedang berkongsi info, tiba-tiba sahaja terdengar letusan bom di sekitar Nadir sehingga membuatkan ramai yang menonton live IG tersebut berasa terkejut.

Sehubungan dengan itu, rata-rata yang menonton sedutan video live IG Mizz Nina, Noh Hujan dan founder Pertubuhan Cinta Gaza berkenaan telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Twitter dengan menyuarakan rasa hiba melihat keadaan tersebut.

Sumber: captainfatin, hsfrishaa

ohmymedia