“Orang Laki Kalau Masak Lagi Sedap “- Giliran Group ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Penuhi Timeline FB!

0
324




Sempena Perintah Kawalan Pergerakan dan bulan puasa ini, kaum lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat dalam masakan. Satu group di Facebook bernama Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) telah ditubuhkan bagi kaum lelaki berkongsi resepi mudah dan juga berkongsi gambar hasil masakan sendiri.

Walaupun ada di antara mereka yang berkongsi hasil masakan yang tidak menjadi, namun ada sesetengah lelaki sememangnya berbakat dalam masakan. Tidak melepaskan peluang, pelakon terkenal Hairul Azreen yang lincah melakonkan filem aksi turut berkongsi video masakannya di dalam kumpulan ini.

Kumpulan SMAHI ini bukan sahaja berkongsi resepi masakan, namun turut berkongsi ilmu dan tips bagi memasak sesuatu. Topik-topik yang menarik turut dibincangkan dan setiap ahli mempunyai pendapat dan cara mereka masing-masing.

Saya berjaya buat caramel pudding! First time ok. Nah wahai bapak-bapak boleh tiru untuk buka puasa esok, btw thank you guys.

Hairul Azreen tidak ketinggalan untuk sertai dalam kumpulan SMAHI. Menurutnya, resepi ini tidak sukar dan mampu untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Dia juga pertama kali menghasilkan puding karamel tersebut. Tambahnya lagi, dia berkongsi resepi ini agar menjadi rujukan buat para lelaki di luar sana untuk membuat manisan sebagai menu tambahan berbuka puasa.

Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini  / ohbulan





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here