Tahniah!! Wajah Yuna Hiasi ‘Billboard’ di Kota New York! Tapi Orang Amerika Kata Tak Layak Pulak

0
359

Di sebalik rasa bangga kerana sekali lagi wajah Yuna muncul di Billboard sekitar kota New York, nampaknya ada yang mempertik4ikannya.

Sebuah komen yang datangnya dari pengguna Instagram berasal dari Amerika mempertikaikan mengapa wajah Yuna menghiasai Billboard di Kota New York.

Menurutnya, perayaan bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (Asian and Pacific Islander American Heritage Month)  sepatutnya meraikan orang yang berdrah Amerika.

Lelaki tersebut mempersoalkan status Yuna yang dianggap tidak layak kerana dia bukan sebahagian dari orang Amerika Asia.

Lelaki itu berkata, Billboard anjuran platform penstriman popular, Spotify itu tertera meraikan bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik bukannya bukannya bulan Warisan Orang Asia.

Kenyataan lelaki itu membuatkan Yuna terpanggil untuk membid4s. Yuna terus membalas komen lelaki itu. Penyanyi kelahira Alor Setar ini menjelaskan bahawa dia juga menjadi menyumbang kepada industri muzik di Amerika Syarikat dan membayar cukai kepada kerajaan.

“Sebilangan besar orang Asia dalam industri muzik sebaliknya harus bekerja tiga kali lebih keras untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri ini. bulan ini kita dapat berkumpul dan berbicara mengenai pekerjaan dan akar umbi kita.

“Semasa saya memulakan komuniti ini, saya sangat menyokong karier muzik saya dan mereka terus menyokong. dan saya berusaha untuk melakukan perkara yang sama dengan memberikan kembali.

Namun saya dapat lihat komuniti di sini telah melihat saya sebagai salah satu daripada mereka sendiri, termasuk Malaysia.

Saya tidak berada di sini untuk mencvri platform sesiapa. Saya bekerja keras dan banyak berkorb4n untuk berada di tempat saya sekarang.”- jelasnya

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Mei sebagai Bulan Warisan Asia-Pasifik Amerika sejak 1992. Sebagai penghormatan terhadap pemeliharaan kebudayaan dan pencapaian mereka kepada Amerika Syarikat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai.my

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here